Hari Ahad ni anakanda Damia Arissa Qairina masuk wad untuk operation jantung. Resah, takut, risau semua ada dalam diri. Ya Allah kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala cubaan dan dugaanMu. Dengan pertolonganMu juga kami memohon agar selamatkan dan sembuhkan anak kami Ya Allah.
Damia Arissa Qairina sekarang tengah lasak, bagaimanala sekiranya wayar-wayar yang membaluti tubuh dia nanti. Pasti di cabutnya. " Damia jangan lasak-lasak ye sayang. Nanti sakit". Sedihnya rasa.
Setiap kali memikirkan kesihatan Damia, air mata sentiasa mengalir membasahi pipi. Menangis, menangis dan menangis. " sembuhla cepat sayang. mama sayang damia".
No comments:
Post a Comment