Wednesday 25 February 2015

RESIPI CHEESEKUT...


CHEESEKUT...YUMMY..UMMMM



ERMMM...kesukaanku... Oleh sebab ena suka cheesekut ni ena nak kongsi sedikit resipi yang agak simple tapi sedap bila di makan...Sapa tak pernah makan cuba resipi ena ni dan rasa sendiri keenakkan cheese yang memang umm..SGT...hehehehe

Bahan-Bahan :

Bahan A

250gm Cream Cheese ( ena guna tatura)
1/2 cwn Susu Full Cream 
1/2 tin susu pekat manis

Bahan B

biskut cream creaker
nestum original (tabur)

cara2nya pulak :

1. Putar dengan mixer semua bahan A sehingga sebati. sekiranya inginkan cheese tersebut meleleh tambahkan susu Full Cream ikut suka sendiri

2. Rendamkan Biskut sekeping demi sekeping bagi lembut (tapi jangan sampai lembik sangat lak nnt patah) dan susun dalam bekas berselang seli dengan Bahan A yang di putar td.

CTH  selang seli lapis :
Bahagian bawah sekali letakkan biskut cream creaker yang telah direndam dalam susu. kemudian letakkan cheese leleh di atasnya. selepas itu taburkan pulak dengan nestum. ulang cara yang sama sehingga setinggian mana yang kite nak.

3. setelah siap, simpankan dalam peti sejuk (tp jangan tempat beku nnt keras pulak..hehehe). setelah sejuk boleh la di hidangkan...makan sejuk2 amat tersangat la sedapnye...

Haaaaa...senangkan??? resipi yang simple tapi sedap yang ena boleh kongsi dengan korang semua. SELAMAT MENCUBA...