Wednesday, 24 August 2011

Kenangan Damia Arissa Qairina Di IJN

Hari ke-10 baru boleh ambik gambar sebab damia dh tak diserabut dengan wayar-wayar yang menyakitkan dia.


Senyuman pertama Damia setelah 9 hari berada di PICU & MICU. Suka rasanya hati ini tidak terkira.


Masa ni Damia tengah ready doktor nak cabut wayar kat leher dia.


Muka baru lepas nangis sebab cabut wayar di leher. sekarang anakanda Damia dah tak berpeluk ngan wayar lagi.



Thursday, 11 August 2011

Luahan Hati Seorang Ibu

Hari Ahad ni anakanda Damia Arissa Qairina  masuk wad untuk operation jantung. Resah, takut, risau semua ada dalam diri. Ya Allah kuatkanlah semangatku  dalam menempuh segala cubaan dan dugaanMu. Dengan pertolonganMu juga kami memohon agar selamatkan dan sembuhkan anak kami Ya Allah.


Damia Arissa Qairina sekarang tengah lasak, bagaimanala sekiranya wayar-wayar yang membaluti tubuh dia nanti. Pasti di cabutnya. " Damia jangan lasak-lasak ye sayang. Nanti sakit". Sedihnya rasa.


Setiap kali memikirkan kesihatan Damia, air mata sentiasa mengalir membasahi pipi. Menangis, menangis dan menangis. " sembuhla cepat sayang. mama sayang damia".